Sunday 29 September 2013

kaya sebab jual keledek



BESUT 26 Dis. - Satu ketika dahulu, seorang petani, Hashim Abdul Latif, 51, tidak terfikir hidupnya yang sebelum ini 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' akan berubah selepas menceburi bidang perniagaan ubi keledek.
Jika selama ini pendapatan yang diperolehnya tidak seberapa daripada hasil tanaman cili, sawi dan timun, namun keputusannya untuk menceburi bidang perniagaan ubi keledek sebagai pemborong dan pembekal secara besar-besaran memberikannya pendapatan yang tidak pernah diimpikannya.
Hashim yang tinggal di Kampung Tembila dekat sini kini mampu tersenyum puas apabila dia mampu membekalkan ubi keledek sehingga melebihi 100 tan metrik setiap bulan kepada pelanggannya dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.Kejayaan itu melayakkan Hashim digelar usahawan ubi keledek tersohor di daerah ini.
Menurut Hashim, kejayaan yang dikecapi sekarang adalah berkat usaha serta sokongan anak-anaknya yang sentiasa memberi kerjasama bagi menjayakan perniagaan itu yang dimulakan empat tahun lepas.''Sebelum ini kami terpaksa melalui onak dan duri kerana biasalah dalam dunia perniagaan orang kurang yakin dengan kita apatah lagi jika baru mula berniaga.
''Namun, selepas empat bulan berniaga, para petani mula percaya untuk menjual ubi keledek kepada saya manakala pembeli pula yakin dengan cara saya berniaga menyebabkan tidak bermasalah untuk berurus niaga," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tembila baru-baru ini.Katanya, penglibatannya dalam perniagaan ubi keledek bermula selepas mendapat galakan dari beberapa rakannya yang mencadangkan dia menjadi pembeli dan pembekal ubi.
Sebelum itu, Hashim tidak berhasrat atau bercita-cita untuk menjadi pembekal utama makanan itu sebaliknya dia sekadar berminat untuk menjadi petani biasa.Bagaimanapun katanya, apabila mendapati jualan keledek begitu laris serta mendapat pasaran yang baik di kalangan orang ramai menyebabkan dia tidak ragu-ragu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan berkenaan.''Ubi keledek saya perolehi dari sekitar daerah Besut seperti Kampung Pengkalan Kubur, Gong Medang, Tembila, Kampung Keluang, Beting Lintang dan Bukit Tanah," ujarnya.
Menurutnya, sehingga kini terdapat 28 petani dari kampung-kampung berkenaan yang menjadi pembekal tetap keledek kepadanya.Hashim berkata, kebiasaannya keledek dibeli di kebun para petani terbabit tetapi ada juga di kalangan mereka yang datang sendiri menjual kepadanya di rumahnya.Menurutnya, harga keledek yang dibeli daripada penanam itu bergantung kepada pasaran semasa iaitu pada musim tengkujuh harganya RM1 sekilogram manakala musim kemarau pula ialah antara 40 sen hingga 60 sen sekilogram.Jelasnya, harga pada musim banjir tinggi kerana kesulitan mendapatkan bekalan apabila kebanyakan tanaman itu yang ditanam di kawasan rendah ditenggelami air.''Akibat masalah ini, bekalan keledek di kawasan Besut terhad sedangkan permintaan di kalangan pembeli ketika itu amat menggalakkan," ujarnya.Sungguhpun begitu Hashim berkata, pada masa akan datang bekalan keledek dijangka tidak bermasalah kerana kebanyakan petani kini menanam tanaman tersebut di kawasan tinggi.
Dia memberitahu, pelanggan keledek keledeknya termasuk peniaga dari Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu; Pasar Wakaf Che Yeh, Kota Bahru dan Kuantan.Menurutnya, bagi Pasar Borong Gong Pauh dia terpaksa menyediakan sekurang-kurangnya 50 tan metrik setiap bulan kerana permintaan di kalangan peniaga di pasar itu terlalu banyak.Bagi peniaga di pasar Kuantan pula jelasnya, dia menghantar empat tan atau lima tan metrik bekalan keledek dalam masa seminggu.''Pemintaan di kalangan penjual di Pasar Wakaf Che Yeh juga memuaskan kerana dalam sebulan, purata saya menjual ubi keledek kepada mereka melebihi 20 tan metrik," katanya.Hashim memberitahu, peniaga kecil dari beberapa daerah di negeri ini turut datang sendiri membeli keledek di rumahnya.Mengenai bekalan yang diperolehnya peniaga itu memberitahu, kawasan seluas 0.4 hektar mampu mengeluarkan hasil keledek antara tujuh hingga lapan tan metrik dan kebanyakan petani di kampung-kampung terbabit mengusahakan tanaman mereka di kawasan satu hektar hingga dua hektar setiap seorang.
''Tanaman keledek tidak begitu cerewet jika dibandingkan dengan tanaman lain dan ubi ini matang dalam masa tiga bulan menyebabkan bekalan sentiasa ada

34 comments:

  1. Saya ada tanam keledek madu blh Call me 0102057327

    ReplyDelete
  2. Sy ada keledek oren.. mencari prmborong,sy area kedah. Call or whatapps 0175639073-man.

    ReplyDelete
  3. Sy ada keledek oren.. mencari prmborong,sy area kedah. Call or whatapps 0175639073-man.

    ReplyDelete
  4. Sy ada keledek oren.. mencari prmborong,sy area kedah. Call or whatapps 0175639073-man.

    ReplyDelete
  5. Saya ada keledek oren dan merah whatapp 0195218612

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hubungi saya 0195656056(RAZI) ..SAYA MENCARI ORG BOLE SUPPLY UBI KAYU KEPADA SY,,,

      Delete
    2. Nombor atas sudah tidak di guna

      Delete
  6. Kledek putih rm2 1tan
    kledek kuning rm2 1tan
    kledek unggu rm4 1tan
    kledek madu rm4 1tan

    Mohd 013 2500963 watapp/call

    ReplyDelete
  7. Kledek putih rm2 1tan
    kledek kuning rm2 1tan
    kledek unggu rm4 1tan
    kledek madu rm4 1tan

    Mohd 013 2500963 watapp/call

    ReplyDelete
  8. Saya ada menanam keledek kulit pink isi oren, akan keluar hasil dlm hjung bulan Mac.. Untuk booking whatsapp 0193988567

    ReplyDelete
  9. Saya ada tanam keledek. Kebun sekitar melaka dan muar. Dijangka keluar hasil bulan puasa nanti.. boleh booking kepada sesiapa yg berminat.. boleh call atau ws 0123533216.. rosli

    ReplyDelete
  10. Saya ada tanam keledek. Kebun sekitar melaka dan muar. Dijangka keluar hasil bulan puasa nanti.. boleh booking kepada sesiapa yg berminat.. boleh call atau ws 0123533216.. rosli

    ReplyDelete
  11. Saya ada keledek kuning...tgh korek...purple akhir bulan 4 akan keluar hasil seluas 10 ekar... whatsapp sekarang utk booking...0172824371

    ReplyDelete
  12. Saya sedang memcari keledek putih ipoh..mintak hubungi saya 0172100589

    ReplyDelete
  13. Keledek purple aeluas 15 ekar bakal kluar pada bulan 4 ni...call utk booking 0172824371

    ReplyDelete
  14. Saya ade tanam keledek oren. Bakal tuai hujung mei sbyk 3 ekar. Mahu bekalan, hubungi 0139955542

    ReplyDelete
  15. Macam mana nak berhubung dgn encik Hashim ni ?? tolong sesiapa kenal.. saya nk borong ubi keledek putih buat keria gula melaka. di kuala terengganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada kel3dek putih. Rm2 sekilo. Di Rompin Pahang

      Delete
    2. Sya ada ubi keledek putih sepang.. Lokasi di sepang, penghantaran disediakan untuk 4 tan ke atas. Berminat boleh terus hubungi 014-6616203/010-2185428

      Delete
  16. Saya ADA keledek putih. RM 3/sekilo.0196229258

    ReplyDelete
  17. Saya bekalan ubi keledek import dari medan harga sampai port Rm1200/tan. Minimal order 1 container whatsapp +60165285386

    ReplyDelete
  18. Anggarn modal awal untuk perniagaan ini berapa?

    ReplyDelete
  19. saya sedang mencari benih ubi keledek untuk 1 ekar tanah... call atau wasap 0175467418

    ReplyDelete
  20. Saya mencari benih ubi keledek oren dlm kuantiti yg banyak di sik, kedah. Blh hubungi saya 01155011692

    ReplyDelete
  21. Saya ada keledek oren di kota bharu

    ReplyDelete
  22. Saya ada keledek oren di kota bharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.... Ada lagi ko kledek....

      Delete
    2. Assalamualaikum.... Ada lagi ko kledek....

      Delete
  23. Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.

    ReplyDelete