Friday, 11 October 2013

kesesuaian tanaman

menanam pelbagai tanaman namun sesetengah tanaman akan menunjukkan reaksi negatif atau positif dengan tanaman lain. Ini kerana berlakukanya berkongsian atau perebutan nutrien dalam medium tanah.


Di sini di cadangkan  tanaman  yang sesuai ditanam bersama-sama:.

1.Kacang panjang dengan Jagung
2.Sawi dengan mentimun
3.Kailan dengan tomato
4.Lobak merah dengan  tomato
5.Sawi dengan tomato
6.Lobak putih dengan roselle
7.Kacang panjang dengan lobak merah, mentimun, kobis, bayam, atau sawi
8.Kobis dengan kacang panjang, daun sup, ketumbar, oregano, rosemary, lobak putih, atau pudina
9.Daun sup dengan tomato, kobis, atau kacang panjang
10.Kacang pea dengan ubi kentang, lobak putih, atau lobak merah
11.Lobak putih dengan sawi, sayur putih, atau salad
12.Labu manis dengan bunga matahari
13.Jagung dengan kentang, kacang, tomato, atau mentimu

Di sini di cadangkan tanaman yang tidak disesuai ditanam bersama-sama:

1.Kentang, jangan tanam bersama labu manis, terung atau tomato
2.Kacang panjang, jangan tanam bersama bawang.
3.Lobak merah, jangan tanam bersama tomato atau ubi kentang.
4.Kacang pea, jangan tanam bersama bawang.

Makanan ikan daripada rumpai laut

Penemuan sejenis rumpai laut sebagai makanan tambahan ikan.
Sargassum tergolong dalam kelas Phaeophyceae dan order Fucales yang tumbuh dengan melekatkan diri pada batu karang dan ada juga yang bebas terapung.
Pembiakan rumpai laut ini adalah secara vegetatif.
Rumpai  laut, Sargassum mengandungi peratus zat besi (Fe) yang sangat tinggi iaitu sebanyak 30 peratus.
Rumpai laut kaya dengan pelbagai unsur lain seperti natrium, kalsium,magnesium, kalium, klorin, sulfur, fosforus dan nutrien lain .
Rumpai seperti Sargassum mengandungi kandungan iodine.
 
Makanan ikan yang diadunkan dengan Sargassum mampu meningkatkan sistem imuniti ikan daripada jangkitan penyakit berjangkit.
Makanan  ikan yang bercampur rumpai laut  sangat berpotensi untuk dikomersialkan bagi kegunaan industri akuakultur tempatan dan luar negara.
Telah terbukti ,Ikan siakap yang diberi makanan yang mengandungi Sargassum menunjukkan ketahanan yang baik dan kadar kematian yang rendah apabila ikan ini didedahkan kepada patogen. Kadar pembesaran ikan adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan ikan tanpa Sargassum.
Rumpai laut Sargassum mengandungi bahan kompleks polisakarida yang dipercayai menggalakkan pertumbuhan sejenis bakteria probiotik dalam usus ikan siakap.
Bakteria probiotik ini yang ada di permukaan dinding usus ikan menghalang bakteria patogenik yang membawa penyakit melekat pada dinding usus ikan Siakap.
Penemuan baru ini sangat memberi kesan yang besar untuk mencegah ikan dari serangan bakteria pembawa penyakit berjangkit.
"Kajian menunjukkan bakteria probiotik dari ikan siakap mempunyai kesan yang positif untuk meningkatkan kecekapan penukaran makanan dan seterusnya mengurangkan kos makanan.
Pengeluaran makanan ikan dari sumber halal seperti Sargassum dapat menghilangkan keraguan pengguna-pengguna Islam dan dapat mengurangkan import bahan makanan ikan.

kaya sebab bela ayam kampung

Ayam kampung organik

Ishamuddin Idris memeriksa keadaan kesihatan ayam ternakan di ladangnya di Bentong, Pahang.
WALAUPUN keputusan tersebut memberikan impak besar terhadap dirinya, dorongan dan semangat daripada keluarga membuatkan dia nekad berkecimpung dalam projek penternakan ayam kampung.
"Asalnya, menceburi bidang penternakan ini sekadar hobi, lama-kelamaan melihat kepada permintaan ayam yang meningkat secara mendadak terutama menjelang musim perayaan, saya bersama dua rakan kongsi memutuskan untuk menceburi bidang penternakan ayam kampung," katanya.
Lebih mengujakan, ladang ternakan yang mempunyai keluasan lima hektar (ha) dan mampu menampung sebanyak 12,000 ekor ayam agak berlainan berbanding projek lain kerana diusahakan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.
Bermula hari pertama anak ayam menetas, ia akan ditempatkan di sebuah reban selama 14 hari sebelum dilepaskan dalam kawasan ladang.
Ayam itu dibiarkan mencari makanan sendiri walaupun pihaknya memberi makanan empat kali sehari.
Secara umumnya, ayam kampung ini dipelihara secara lepas bagi membolehkannya bergerak bebas dan bukan dikurung di sangkar yang sempit.
Tambahan pula, ayam merupakan haiwan omnivor yang memakan daging dan tumbuhan.
Ayam memakan apa sahaja, daripada bijian ke daunan dan serangga. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein.
"Pada kebiasaannya, kami akan memberi makanan rumput jenis azola dan kiambang itik, sekali gus tidak memerlukan bahan kimia atau ubat-ubatan untuk membesar. Pengguna boleh makan ayam ini tanpa rasa was-was," jelasnya.
Ishamuddin ditemui semasa menerima kunjungan wartawan MEGA diladangnya di Bentong, Pahang baru-baru in. Yang turut hadir ialah rakan kongsinya, Mohd Khairul Redza Kamaruzaman.
Kaedah penternakan yang diperkenalkan Ishamuddin menjelaskan ayam akan dibiarkan secara bebas di kawasan ladang yang luas bagi memastikan ayam bebas berkeliaran.
Di samping itu, tumbuhan liar dibiarkan tumbuh dan hidup secara semula jadi bagi membolehkan ayam kampung organik ini mendapat makanan organik di mana-mana sahaja kawasan persekitaran ladang.
Sumber seperti protein, karbohidrat, dan mineral yang diperlukan oleh ayam-ayam tersebut boleh didapati secara semula jadi di kawasan ternakan yang luas.
Dalam pada itu, ayam kampung organik ini hanya dijual selepas berusia 100 hari iaitu setelah mencapai tahap matang dan berat sekitar 1.3 hingga 1.4 kilogram seekor.
Malah, bagi memastikan pembesaran ayam kampung organik ini mencapai tahap maksimum, pihaknya menghasilkan antibiotik secara semula jadi melalui penggunaan tumbuhan herba yang ditanam sendiri.
Hakikatnya, Ishamuddin tidak perlu merunsingkan kepala untuk mempercepatkan pembesaran ayam kampung dengan suntikan seperti yang biasa dilakukan ke atas ayam daging kerana kosnya tidak terlalu tinggi.
Campuran herba hempedu bumi, daun patawali, daun betik, kunyit dan halia digunakan sebagai antibodi untuk melawan penyakit.
Ia bertujuan memastikan ayam tersebut melalui proses pembesaran secara semula jadi.
Katanya, makanan yang diberikan kepada ayam untuk tujuan pembesaran dan tempoh sebenar ayam untuk membesar tidak mengikuti kaedah yang betul menyebabkan pengguna berdepan risiko ditimpa pelbagai penyakit.
Oleh itu, pemantauan terperinci perlu dilakukan pada setiap hari bagi memastikan proses pembesaran berjalan lancar.
Penternakan secara semula jadi itu membolehkan ayam-ayam berkenaan membekalkan nutrisi yang tinggi kepada pengguna.
Dalam pada itu, Ishamuddin juga menyifatkan ayam kampung organik asli kerana ia diternak di kawasan hijau selain air yang dibekalkan tidak tercemar.
Air untuk penternakan ayam daging diletakkan dalam kuantiti yang banyak di dalam satu reban.
Ishamuddin mendakwa, cara tersebut menjadikan ayam daging hidup dalam persekitaran yang kotor dan kekurangan zat makanan.
Menurutnya lagi, kaedah penternakan itu diperkenalkan berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang penternakan dari dalam dan luar negara selain mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Tambahan pula, ladangnya turut mengunakan penggunaan mikroorganisme efektif (EM) untuk memberi kesan yang baik untuk menyerap bau dan menghindarkan lalat.
Menyentuh mengenai rasa daging ayam, katanya , ayam kampung organik mempunyai rasa yang berbeza berbanding ayam di pasaran kerana ia lebih lembut, pejal dan tulang-tulangnya juga lembut.
"Rasanya yang lebih manis dan lembut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan pelanggan terutamanya pelanggan berbangsa Cina," katanya.
Ishamuddin turut memberitahu, perniagaan yang diusahakan ini tidak pernah mendapat bantuan kerajaan atau pinjaman daripada mana-mana bank.
"Saya menggunakan modal sendiri yang ada untuk membangunkan perniagaan menternak ayam kampung organik ini, tambahan pula amat sukar bagi mereka yang terbabit dalam bidang pertanian untuk memohon pinjaman daripada pihak bank.
Ditanya mengenai perancangannya, Ishammudin menyasarkan untuk menambah empat buah kedai menjual ayam kampung organik ini di samping mempunyai kemudahan tempat penyembelihan sendiri.
"Saya sudah pun mempunyai beberapa cawangan yang dibuka di Ampang, Damansara serta Bangi untuk membekalkan ayam kampung organik ini terus kepada pembeli.
"Dengan permintaan yang memberansangkan, saya yakin untuk membuka lebih lagi kedai-kedai membekal ayam kampung organik ini tidak menjadi masalah lagi," katanya. - MASZUREEN HADZMAN (agro@utusan.com.my)

Wednesday, 2 October 2013

kaya dengan hanya jual buah

Bermula dengan menjual buah-buahan secara kecil-kecilan, perniagaan Lee Foo kemudian diteruskan oleh anak lelakinya Ying Cheong. Legasi perniagaan itu diteruskan oleh cucunya, Adnan Lee yang kini menjual buah-buahan di pasar raya.

LEGASI perniagaan buah-buahan keluarga Lee bermula di sekitar Jalan Petaling dan Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sekitar tahun 60-an dan 70-an.
Seperti rakan-rakannya yang lain, Lee Foo yang berasal dari China memilih untuk berhijrah ke Malaysia atau lebih dikenali sebagai Tanah Melayu ketika itu untuk mencari rezeki dan memulakan kehidupan baru.
Bermula sebagai buruh kasar, pendapatan yang kecil menyebabkan Lee beralih menjaja buah-buahan secara kecil-kecilan di sekitar Kuala Lumpur.
Dengan pendapatan itu juga dia membesarkan lapan orang anaknya semasa menetap di sebuah perkampungan setinggan di Bukit Bintang.
Keramahan Lee menyebabkan beliau disenangi penduduk setempat. Bahkan kegigihannya juga menjadi inspirasi anak-anaknya.
Tradisi perniagaannya itu kemudian diambil alih oleh salah seorang anaknya, Lee Ying Cheong, 60. Ying Cheong berniaga buah-buahan di sekitar Pasar Pudu dan Jalan Imbi sekitar tahun 70-an dan 80-an dengan basikal roda tiga.
Pada cuti hujung minggu atau cuti sekolah, Ying Cheong membawa keempat-empat orang anaknya ke tempat beliau berniaga sambil dibantu isterinya, Loh Lai Choo, 53. Selain dapat membantunya, Ying Cheong mahu anak-anaknya memahami bagaimana sukarnya dia dan isteri mencari rezeki.
Tanpa disedari, anak sulung Ying Cheong, Adnan Lee, 35, mula menunjukkan minat dalam bidang perniagaan. Adnan kerap mengikut dan membantu bapanya berbanding adik-beradiknya yang lain.
Segala selok-belok perniagaan dikutip dan dijadikan landasan untuk mewarisi perniagaan keluarganya itu.
Lelaki dengan ketinggian 194 sentimeter (sm) itu sebenarnya amat meminati bidang lukisan ketika di bangku sekolah, namun minat itu tidak menghalangnya melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang diwarisi sejak berumur lapan tahun.
Basikal roda tiga
PELBAGAI jenis pisang segar dijual pada harga yang berpatutan.


Sejurus menamatkan pelajaran pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1994, beliau memberanikan diri berniaga dengan basikal roda tiga.
"Hari pertama berniaga, saya mendapat keuntungan sebanyak RM30, walaupun kecil namun sudah cukup untuk membakar semangat saya agar terus gigih dalam bidang ini," kata Pengarah Urusan MBG (Money Back Guarantee) Fruits Sdn. Bhd. itu.
Menceritakan pengalaman pahit yang ditempuhinya, Adnan memberitahu ketika itu dia tidak mempunyai lesen dan berniaga di beberapa buah lokasi di sekitar ibu negara.
"Sebab itu, setiap kali nampak kelibat lori atau pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), saya akan segera menutup perniagaan dan melarikan diri. Saya bukan sahaja pernah didenda, bahkan barang-barang perniagaan juga pernah disita sebelum ini," ujarnya.
Serik berdepan dengan pengalaman pahit itu setiap hari, Adnan nekad membuka perniagaan secara tetap di Pasar Imbi pada sebelah pagi.
"Ketika itu perniagaan semakin berkembang, habis berniaga di pasar pagi, pada sebelah malamnya saya akan berniaga di pasar malam di sekitar Taman Desa, Taman Maluri dan Kuchai Lama
Memeluk Islam pada 2001 dan berkahwin dengan seorang warga Indonesia, Nurul Aini, 34, pada tahun yang sama, Adnan bertekad untuk memperkenalkan buah-buahnya di pasar raya.
"Cawangan pertama saya ialah di pasar raya NSK Selayang. Saya bertanggungjawab menguruskan bahagian penjualan buah-buahan situ, selepas itu saya menguruskan cawangan kedua di pasar raya NSK Rawang," ujar bapa kepada tiga cahaya mata perempuan iaitu Nur Lee Mei Yee, 8, Nur Lee Tar Sha, 6 dan Diana Lee Mei Kuan, 4.
Tanpa menoleh ke belakang, Adnan memberanikan diri membuka cawangan di pusat beli-belah Avenue K di Jalan Ampang pada 2005.
"Saya mengeluarkan modal sebanyak RM90,000, pada mulanya keluarga tidak bersetuju kerana ia berisiko tinggi tetapi saya berjaya menyakinkan mereka.
"Dalam tempoh enam bulan pertama, perniagaan saya mengalami kerugian disebabkan kekurangan pelanggan, apabila dikaji ia berpunca daripada ketiadaan promosi. Dari situ baru saya tahu, konsep berniaga di pusat beli-belah berbeza dengan berniaga di pasar malam," ujarnya.
Minat yang mendalam dalam bidang lukisan sedikit sebanyak memberi idea kepada Adnan untuk menjenamakan perniagaannya di bawah MBG.
Jelasnya, usaha dan strategi pemasaran yang dilakukan ternyata berhasil apabila konsep yang diperkenalkan mendapat kepercayaan pelanggan dan pengusaha pusat beli-belah khususnya di sekitar Lembah Klang.


ADNAN (dua dari kiri) melayan pelanggan-pelanggannya ketika menjalankan perniagaan di Bukit Bintang.


"Saya berpegang kepada tiga prinsip utama iaitu kebersihan gerai dan premis, sentiasa memenuhi kehendak pelanggan dan memastikan kualiti produk yang dijual. Jika mereka tidak berpuas hati kita akan pulangkan semula wang tanpa ragu-ragu.
"Berkat kesungguhan saya, MBG akhirnya mampu berdiri teguh dan kini mempunyai 16 cawangan di sekitar Lembah Klang termasuk satu di Melaka. Antara cawangan yang ada ialah di The Gardens, Mid Valley, Sunway Pyramid, Subang Parade dan The Curve," kata Adnan yang mempunyai 140 orang pekerja.
Perkembangan dunia teknologi tanpa sempadan menyebabkan Adnan cuba mempromosikan perniagaannya secara talian dan khidmat penghantaran.
"Idea ini timbul kerana saya tidak mahu ketinggalan dalam bisnes sebab itu saya tidak ragu-ragu untuk melabur dan membangunkan kaedah jualan secara talian.
"MBG juga turut menawarkan perkhidmatan penghantaran buah-buahan kepada pelanggan dan mungkin ia antara konsep pertama yang diperkenalkan di negara ini," ujarnya yang memberitahu setiap buah tidak akan disimpan lebih daripada seminggu.
Gembira dengan maklum balas daripada pelanggan, Adnan berkata, kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kadar caj yang dikenakan.
"Kami mempunyai seorang pekerja penghantar di setiap cawangan, jika pelanggan menempah sebelum pukul 12 tengah hari, buah-buahan tersebut akan dihantar pada sebelah petang, jika tempah pada waktu petang ia akan dihantar keesokan hari.
"Lagipun buah-buahan bukannya seperti makanan segera yang perlu dimakan terus. Ia mungkin disimpan sebelum dimakan dalam tempoh beberapa jam atau beberapa hari kemudian, kecuali mereka yang inginkan perkhidmatan segera," jelasnya yang bercadang membuka cawangan di Jakarta, Indonesia.