Penemuan sejenis rumpai laut sebagai makanan tambahan ikan.
Sargassum tergolong dalam kelas Phaeophyceae dan order Fucales yang tumbuh dengan melekatkan diri pada batu karang dan ada juga yang bebas terapung.
Pembiakan rumpai laut ini adalah secara vegetatif.
Rumpai laut, Sargassum mengandungi peratus zat besi (Fe) yang sangat tinggi iaitu sebanyak 30 peratus.
Rumpai laut kaya dengan pelbagai unsur lain seperti natrium,
kalsium,magnesium, kalium, klorin, sulfur, fosforus dan nutrien lain .
Rumpai seperti Sargassum mengandungi kandungan iodine.
Makanan ikan yang diadunkan dengan Sargassum mampu meningkatkan sistem imuniti ikan daripada jangkitan penyakit berjangkit.
Makanan ikan yang bercampur rumpai laut sangat berpotensi untuk
dikomersialkan bagi kegunaan industri akuakultur tempatan dan luar
negara.
Telah terbukti ,Ikan siakap yang diberi makanan yang mengandungi Sargassum
menunjukkan ketahanan yang baik dan kadar kematian yang rendah apabila
ikan ini didedahkan kepada patogen. Kadar pembesaran ikan adalah lebih
tinggi jika dibandingkan dengan ikan tanpa Sargassum.
Rumpai laut Sargassum mengandungi bahan kompleks
polisakarida yang dipercayai menggalakkan pertumbuhan sejenis bakteria
probiotik dalam usus ikan siakap.
Bakteria probiotik ini yang ada di permukaan dinding usus ikan
menghalang bakteria patogenik yang membawa penyakit melekat pada dinding
usus ikan Siakap.
Penemuan baru ini sangat memberi kesan yang besar untuk mencegah ikan dari serangan bakteria pembawa penyakit berjangkit.
"Kajian menunjukkan bakteria probiotik dari ikan siakap mempunyai
kesan yang positif untuk meningkatkan kecekapan penukaran makanan dan
seterusnya mengurangkan kos makanan.
Pengeluaran makanan ikan dari sumber halal seperti Sargassum dapat
menghilangkan keraguan pengguna-pengguna Islam dan dapat mengurangkan
import bahan makanan ikan.
No comments:
Post a Comment