Harga makanan ikan yang tinggi di pasaran menarik minatnya melakukan R&D menghasilkan produk inovasi itu.Pernahkah terfikir menggunakan semula sisa makanan terbuang seperti roti yang luput tarikh, minyak masak terpakai, kerisik kelapa, organ ikan induk terbuang dan pucuk ubi tua?
“Hasil penyelidikan mendapati apa yang kita makan, ikan pun boleh makan. Dulu saya mencuba jagung dan ubi kayu rebus yang digaul bersama hampas soya dan kerisik kelapa.
“Ubi kayu untuk mencengkam hampas soya dan kelapa, manakala jagung membekalkan sumber protein,” katanya.
Kemudian, dia mendapat idea menggunakan roti luput tarikh yang dikitar semula untuk membuat pelet ikan.
“Roti yang dijemur selama dua hari dicampur bersama minyak masak terpakai sebagai perisa.
“Semua bahan itu diadun bersama sebelum ditambah dengan pucuk ubi tua,” katanya yang menghasilkan pelet ikan antara 100 hingga 200 kilogram.
Katanya, inovasi berkenaan dapat menjimatkan kos pembelian makanan ikan antara 40 hingga 60 peratus tanpa bergantung kepada pelet ikan di pasaran.
“Bukan saja kosnya murah, tapi pelet dihasilkan mengandungi sumber protein yang tinggi bagi menjamin pembesaran ikan di kolam ternakan,” katanya yang menjalankan inovasi itu sejak tiga tahun lalu.
Katanya, pelet itu digunakan dalam projek ternakan ikan keli dan tilapia yang diusahakan di Padang Keladi, Durian Tunggal, Melaka.
“Usaha yang dilakukan ini membolehkan saya membekalkan ikan air tawar kepada 16 sekolah di Melaka dan Negeri Sembilan.
“Ikan keli dijual kepada penternak lain, pasar dan penduduk setempat pada harga berpatutan,” katanya.
Kini, Ibrahim memiliki 48 kolam ikan termasuk keli dan tilapia dengan purata pengeluaran ikan kira-kira satu tan seminggu.
Menyentuh mengenai pembabitannya dalam penternakan ikan katanya, ia bermula dengan minat sebelum ditawarkan projek membekalkan ikan keli ke sekolah selama tiga tahun.
“Jabatan Perikanan sentiasa melakukan pemantauan terhadap kolam ini dengan mengambil sampel ikan untuk dianalisa dan dua kali dalam setahun untuk memastikan ikan yang dihasilkan memenuhi piawaian ditetapkan.
“Saya tidak pernah campur tepung darah yang kaya sumber protein ke kolam kerana bimbang mengandungi darah khinzir, sebab itu penting saya memastikan makanan ikan halal untuk kegunaan pengguna Islam,” katanya.
Kalau perlukan bekalan krisik secara borong boleh hunungi 0179050545
ReplyDeletesaya mencari penternak yang ingin membeli sisa ikan kecil boleh hubungi ditalian 03-42878583 (azmi)
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya ingin belajar mengenai penternakan ikan dan pembuatan makanan ikan ini sevcara langsung. Bolehkah pihak tuan memberi alamat lengkap En Ibrahim Ahmad ini untu saya mempelajari ilmu darinya. Ini adalah alamat email saya salmi01ahmad@gmail.com.
ReplyDelete