Apakah keperluan asas yang diperlukan untuk memulakan projek penternakan Lebah Madu?
Jabatan Pertanian sendiri ada menyediakan kursus penternakan Lebah Madu
jenis Apis cerana (tempatan) dan Apis mellifera (import)disamping
memberikan khidmat nasihat teknikal kepada usahawan-usahawan yang
berminat. Bagi memulakan projek penternakan Lebah Madu, lima (5)
kriteria utama yang diperlukan adalah; minat, pengetahuan mengenai
penternakan Lebah Madu, peralatan, kawasan yang sesuai dan sumber
makanan yang mencukupi.
Ada pelbagai jenis lebah madu boleh digunapakai. Di antaranya lebah dari spesis Apis dorsata, Apis cerana, dan Apis mellifera. Spesis Apis mellifera paling banyak digunakan dalam industri lebah madu. Jenis ini lebih produktif dan juga lebih jinak dibandingkan spesis Apis cerana . Racun pada sengatnya sangat sesuai untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.
Ciri-ciri lebah madu yang baik:
- Ratu lebah berupaya hidup hingga 3 tahun
- Ratu lebah menghasilkan jumlah telur yang banyak
- Koloni lebah banyak hasilkan madu, bee pollen, royal jelly dan propolis
- Larva lebah yang dihasilkan lebih segar
- Lebah biasanya lebih agresif
- Memperbanyakan koloni lebah madu
Permulaan ternak lebah madu:
untuk permulaan ternakan lebah madu ini,
tidak banyak yang perlu disediakan. kita hanya perlu membeli koloni
lebah madu dari penternak lebah madu. Biasanya pembelian koloni ini
dibuat pada waktu malam dan dilengkapi dengan kotak, kasa dan
penutupnya. Buat sementara waktu, kita tidak perlu membeli koloni lebah
madu dalam jumlah terlalu banyak, dan tidak juga terlalu sedikit. Dalam
penyediaan kotak koloni lebah madu, biasanya perlu dibuat tiang
(kayu/besi) agar kotak tidak menyentuh tanah.
Untuk menghasilkan keuntungan yang optimum dari penternakan lebah madu
ini, penternak lebah madu harus mempunyai sekurang-kurangnya 100 kotak
koloni lebah madu. Langkah-langkah untuk meningkatkan jumlah koloni
lebah madu ialah:
- Lokasi ternakan: Lokasi yang disukai lebah adalah tempat terbuka. Juga tiada masalah sekiranya di bawah pokok atau di kawasan panas terik, jauh dari keramaian dan banyak terdapat bunga. Dengan jumlah kawasan pemakanan yang mencukupi ini, ratu lebah dapat menghasilkan lebih banyak telur dan lebah pekerja juga lebih giat membuat sarang baru.
- Suhu yang ideal: sesuai dalam sekitar 26-30°C. Di lereng pergunungan/dataran tinggi yang bersuhu normal (25°C).
- Penyediaan Ratu lebah madu yang baru: untuk ditempatkan dalam koloni lebah madu yang baru.
- Mengasingkan atau memisahkan koloni lebah madu: koloni lebah madu yang sudah padat, akan dipisahkan dan diletakkan ke dalam kotak koloni lebah madu yang baru dan menempatkan ratu lebah baru atau ratu lebah yang sedia ada ke kotak koloni tersebut.
Tanaman makanan yang sesuai untuk ternakan lebah madu
- pokok rambutan=nektar
- pokok petai belalang= nektar
- pokok mangga = nektar
- pokok durian = nektar
- pokok kopi = nektar + pollen
- pokok kenaf = nektar
- pokok jagung = pollen
- pokok jati= nektar
- pokok gajus = nektar
- pokok longan= nektar
- pokok getah = nektar
- pokok petai = nektar
- pokok nenas = nektar (tidak digunakan secara meluas)
- pokok kekabu = nektar + pollen
- pokok gelam = nektar + pollen
kaedah bagi memastikan bekalan makanan lebah tidak putus adalah dengan
pemindahan lebah ke tempat yang sesuai mengikut musim bunga yang ada.
Perkara yang perlu diambil perhatian semasa pemindahan koloni lebah
adalah:
- dilakukan pada malam hari (lebah tidak aktif pada waktu ini)
- jika jarak jauh, perlu makanan tambahan (buatan)
- jarak lokasi minimum dalam lingkungan 3 km
tujuan utama pemindahan ini adalah untuk memastikan produktiviti madu
tidak menurun secara drastik. pemberian makanan tambahan bertujuan untuk
mengatasi kekurangan makanan akibat perubahan cuaca dan ketika
melakukan pemindahan. makanan tambahan ini tidak dapat menambah
produktiviti, hanya sebagai makanan gantian sewaktu pemindahan.
Peralatan penternakan lebah madu :
- Kotak lebah, tempat koloni lebah madu terbuat dari kayu Suren atau Mahoni
- Alat pengasapan untuk menghalau lebah madu yang agresif
- jaring pelindung muka
- Sisiran - yang terbuat dari rangka kayu dan ditengahnya diberi kawat sebagai penahan landasan sarang lebah madu.
- Pengungkit sisiran
- Pisau
- Sikat sisiran lebah madu
- Pollen Trap untuk pungut hasil Bee Pollen
- Frame Royal jelly untuk pungut hasil Royal Jelly dan tempat untuk menghasilkan Ratu Lebah yang baru.
- mesin pemerah madu untuk mengeluarkan madu
- bekas/ baldi kutip madu
- Pengutip madu
Membuat Ratu Lebah yang baru (requeening)
- Ambil larva lebah madu yang baru menetas usia 1 hari
- Masukan sepotong frame Royal jelly
- Frame Royal jelly yang sudah berisi larva lebah madu di tempatkan pada kotak koloni ( kotak lebah madu yang berisi koloni lebah madu minimum 2 tingkat)
- Sekat/pisahkan kotak koloni lebah madu tersebut dengan ratu lebah berada di kotak bawah dan frame royal jelly untuk ratu lebah madu yang baru di tempatkan pada kotak atasnya. Sehingga ratu lebah madu tidak boleh mendekati calon ratu lebah madu.
- Dibiarkan selama 11 hari sampai ratu lebah yang baru menjadi kepompong.
- Setelah11 hari ratu lebah yang baru tersebut di pindahkan ke kotak lebah yang berisi koloni lebah tanpa ada ratunya.
- 13 hari ratu lebah yang baru keluar dari kepompong dan seterusnya menjadi ratu lebah oleh koloni lebah tersebut
- Biasanya setelah seminggu, ratu lebah yang baru bersedia untuk mengawan dan akan mengembangkan koloni lebah yang baru (ditempatkan di kotak koloni yang baru).
Serangan penyakit dan perosak
Lebah mempunyai musuh dan penyakit yang boleh menyebabkan kematian,
kepupusan dan pengeluaran madu berkurangan. Terdapat dua jenis masalah
utama kepada lebah iaitu BAKTERIA dan PARASIT. Bakteria banyak memberi kesan kepada lava. Dua penyakit yang biasanya menyerang lebah, American Foul Brood dan European Foul Brood.
Saintis mengatakan kita mungkin di ambang kepupusan "peak honey bee colony".
Lebah madu di Amerika dan Eropah semakin menghilang. Kenapa phenomena ini berlaku?
Lebah madu ini keluar meninggalkan sarang dan tidak kembali lagi menyebabkan lebah madu ini akhir mati.
USDA-Jabatan Pertanian Amerika mengatakan ini dipanggil colony collapse
disoder (CCD). Hasil pertanian Amerika 1/3 adalah dari aktiviti
pollination tanaman pertanian yang bernilai USD200 bilion setahun.
Pentingnya lebah madu di Amerika ada bisnes menyewa lebah madu yang
diternak dibawa dengan treler pergi ke ladang-ladang di seluruh Amerika.
Industri menyewa madu lebah memberi pulangan yang lumayan.
Dengan banyaknya koloni lebah madu menghilang dan mati, setiap tahun penternak lebah madu Amerika rugi USD 2.5 bilion.
Antara punca CCD ialah:
- Parasit kutu
- Virus dan bakteria
- Racun serangga seperti neonicotinouds menggangu radar lebah madu
- Stress kerana aktiviti sewa lebah madu mengembara jauh bersama treler
- Perubahan cuaca dunia
- Kehilangan habitat
- Daya elektromagnetik (kemungkinan)
No comments:
Post a Comment