Bertahun-tahun mengerah keringat, namun gaji yang diterima sekitar RM650 sebulan sekadar cukup makan dan memenuhi keperluan asas.
Siapa sangka, rezeki Arshad Mokri, 41, bertambah berkali ganda hasil kegigihannya mengusahakan ladang Cili Kulai hingga memperoleh pendapatan RM60,000 hingga RM70,000 bagi setiap kali tuaian hasil di ladang.
Bergelar usahawan, dia kini mampu tersenyum lebar dan melupakan kepayahan hidup lama kerana pendapatan diperoleh lebih daripada mencukupi untuk menampung kehidupan keluarga.
Tidak lupa akan kisah silamnya, dia mengakui projek pertanian penanaman Cili Kulai mengubah hidupnya hingga mampu menggajikan pekerja untuk menguruskan ladang berkenaan.
“Pada mulanya saya menanam Cili Kulai kira-kira 30 batas. Projek berkenaan bermula pada tahun 2008 yang dilakukan secara kecil-kecilan.
“Saya kemudian menyertai Projek Ladang Kontrak bersama FAMA pada 2009 dan keluasan tanah ditingkatkan kepada 0.4 hektar,” katanya.
Usahanya meningkatkan keluasan tanaman berbaloi kerana pendapatan daripada penanaman Cili Kulai untuk fasa kedua menghasilkan pendapatan RM5,000 hingga RM7,000 sebulan.
“Ketika itu saya masih peringkat kenal dan belajar. Saya mempelajari mengenai Cili Kulai termasuk mendalami penyakit tanaman berkenaan.
“Pada fasa ketiga penanaman cili saya dipantau FAMA dan Jabatan Pertanian, selain mereka memberikan galakan termasuk peluang berkursus,” katanya.
Ilmu yang ditimba membuahkan hasil berganda kerana projek untuk fasa ketiga menghasilkan pendapatan RM25,000 seekar.
“Dari situ, Jabatan Pertanian sekali lagi memberikan kursus. Saya diperkenalkan dengan teknik penanaman sayur yang lebih mesra alam menggunakan baja organik.
“Kualiti Cili Kulai dihasilkan semakin baik dengan penggunaan 100 peratus ‘Natural Farming’, manakala FAMA membeli hasil sebanyak 0.6 hektar,” katanya.
Katanya, Program Pengukuhan Bekalan Melalui Ladang Kontak terus ke Pasar Tani mempermudahkan pemasaran Cili Kulai.
“Saya beruntung kerana FAMA menawarkan harga yang baik kepada peserta Ladang Kontrak. Biarpun harganya turun, tapi FAMA membayar pada harga tinggi.
“Buktinya ketika musim banjir tahun lalu, saya menerima bayaran RM10 sekilogram bagi Cili Kulai yang dijual,” katanya.
Katanya, musim hujan menjadi ancaman kepada penanaman Cili Kulai kerana tanah menjadi basah dan daun gugur.
“Cili Kulai mengeluarkan hasil selepas 120 hari. Peringkat penanaman selama 40 hari, diikuti proses pendebungaan pada hari ke-60 dan hari ke-120 adalah peringkat memetik buah.
“Hasil buah berkualiti pada peringkat pertama hingga kedua dan akan menurun pada peringkat ketiga disebabkan pembajaan sudah berkurangan menyebabkan kualiti cili menurun dan mengecil,” katanya.
Katanya, dia bernasib baik kerana mengambil peluang menyertai sektor pertanian bersama rakan sekampung, selain menerima peruntukan baja dan kursus dari Jabatan Pertanian.
“Ketika itu pilihan utama saya adalah penanaman cili dan saya puas hati dengan hasil dikeluarkan, meskipun berdepan cabaran besar sekiranya diusahakan secara sambil lewa.
“Apabila dapat hasil dan dijual kepada pembeli, itulah saat paling indah dan memberi kepuasan diri. Paling teruja apabila duit yang diterima tidak pernah terputus,” katanya.
Perancangan masa depan, dia berharap dapat mempertingkatkan pengeluaran cili, selain mempraktikkan sistem pengairan titis di kawasan ladang.
“Saya berharap dapat menggunakan ‘sprinkler’ dan kaedah ‘drip tape’ iaitu pengairan titis. Sekurang-kurangnya ada kitaran pengairan lebih sistematik, sekali gus menjimatkan kos,” katanya.
saya pun tengah mencuba ini..hehehee
ReplyDeleteSy skg dh mula tanam cili secara fertigasi tp pringkat permulaan hanya 100 pokok shj..tp cili ni sensitive sgt ler..camne nk elak daun jd krinting dn baja ape yg paling bgus??
ReplyDeleteapa pkembangan projek anda??
Deletesaya baru jer nak berjinak jinak dgn tanaman cili ni...nak lengkapkan ilmu dulu..
ReplyDeleteSaya pon nak buat.tapi tak tau macam mana..helpppp
ReplyDeleteBijak ni... Boleh dipratikan...terbaik.
ReplyDeleteSy pun berminat nak tanam cili. Tpi sy tak cara dan sluran yg btul mcm mana nak nak beemula.
ReplyDeleteAda spe2 yg boleh dan bantu guide sy..
Carol 0183801598
boleh saya tahu bagaimana saudara mengawal seranga perosak,, dan apakah baja organik yang saudara gunakan..
ReplyDeletemohon hubungi saya untuk baja organik yg sesuai dgn cili 018-978 4345
Deleteada lbh baik ikutilh kursus yg dianjurkn oleh jbtn pertanian....luangkn ms sdikit untuk cr ilmu.bila sebut tnam cili nmpk midah tp bila tanman kn jgkitan psti gru kepla....bnyk kn kenl psti penyakit tnh dan cra mngatasinya.
ReplyDeleteada lbh baik ikutilh kursus yg dianjurkn oleh jbtn pertanian....luangkn ms sdikit untuk cr ilmu.bila sebut tnam cili nmpk midah tp bila tanman kn jgkitan psti gru kepla....bnyk kn kenl psti penyakit tnh dan cra mngatasinya.
ReplyDeleteUsahawan makanan mmg menguntungkan klau kna gayanya....
ReplyDeleteBagi mereka yg serius dalam mengembangkan perniagaan,akaun semasa syarikat merupakan satu kemestian.untuk membuka account semasa memerlukan introducer.insyaAllah saya membantu usahawan2 yg memerlukan introducer.boleh lawati blog saya.credit pada owner blog.terima kasih.
As slm...ada tak no tel bahagian pemasaran cili kulai..sy di taiping
ReplyDeleteEn arshad biasa berurusan dgn siapa (fama) bagi tujuan pemasaran cili kulai
ReplyDeleteencik badri tinggal dimana ye
Deleteencik badri tinggal dimana ye
DeleteAssalamualaikum...kalau disekitar besut dengan siapa saye boleh berurusan? Terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum...kalau disekitar besut dengan siapa saye boleh berurusan? Terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum En arshad, klau sekitar johor bahru n kota tinggi, siapa yg boleh saya rujuk utk pasaran lada merah n hijau. Tanaman saya Baru mengeluarkan hasil n saya memerlukan pasaran utk tanaman tersebut.terima kasih ..
ReplyDeleteSaya mencari sesiapa yang berminat ttg penanaman Cili d Kuantan.saya mempunyai Tanah d Jaya Gading.boleh contact saya 0148230105
ReplyDeleteseronok nye...minat sgt.tp belom ada kesempatan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMohon tunjuk ajar dan batuan bagi saya yang baru hendak bermula ...
ReplyDeleteMohon tunjuk ajar bagaimana untuk memulakan penanaman cili ini.. jika blh sy ingin memulakan dengan kecil kecilan sahaja dahulu..kepada siapa blh saya rujuk untuk mengetahui lbh lanjut tentang penanaman ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum..saya pun sedang berjinak jinak tanam cili padi setakat ini 1000 pokok sebagai permulaan.
ReplyDeletecili ape yang tuan tanam and location?
DeleteMasih tanam cili skrng..apa perkembangan terkini?
ReplyDeleteSalam.... En don.... Tanam cili di kawasan mana ea.... Saya sedang mencari tempat untuk belajar tentang selok belok penanaman cili kulai..... Saya di seremban... N sembilan.....
ReplyDeleteSalam.... En don.... Tanam cili di kawasan mana ea.... Saya sedang mencari tempat untuk belajar tentang selok belok penanaman cili kulai..... Saya di seremban... N sembilan.....
ReplyDelete