PADA suatu petang, ketika Nelson sedang menguruskan kedai permainan
kanak-kanak miliknya di Asia Jaya, Petaling Jaya, Selangor, dia
didatangi seorang lelaki. Lelaki itu membawa sebuah bakul penuh berisi
jagung. Perkenalan spontan itu memberi ruang kepada lelaki itu meluahkan
kesukarannya memasarkan jagung yang ditanamnya.
Tanpa berfikir panjang, Nelson terus membeli beberapa tongkol jagung
daripada lelaki itu lalu membawa pulang ke rumah. Malam itu, Nelson
sekeluarga menikmati jagung kukus yang dibelinya pada siang tadi.
Kelembutan dan kemanisan jagung itu memikat hati Nelson. Dia bertemu
semula penjual jagung itu dan bersetuju melantik lelaki tersebut sebagai
pembekal utama jagung.
Peristiwa itu berlaku pada awal tahun 1980-an. Nelson kemudiannya
membuka gerai kecil di hadapan kedai permainannya untuk menjual jagung.
Tidak memakan masa yang panjang, jagung Nelson mempunyai pengikut setia,
malah hasil jualan makanan itu lebih laris berbanding perniagaan
permainan kanak-kanak. Tiga tahun kemudian, Nelson mengubah keutamaan
bisnesnya daripada kedai permainan kepada gerai jagung.
Sambutan menggalakkan jagung tersebut mendorong Nelson, 57, atau
Datuk Nelson Kwok Teng Toong membawa bisnes kecilnya ke dalam sebuah
pasar raya di Seksyen 14, Petaling Jaya. Tahun 1985 menjadi permulaan
kepada pengenalan jenama Nelson Corn (jagung manis) di Jaya Supermarket.
"Hari pertama operasi sahaja, sudah ramai orang beratur. Waktu itu
saya dan isteri yang berniaga. Jagung dikukus mengikut pesanan pelanggan
dan saya masih ingat bekalan jagung tidak cukup untuk menampung
permintaan orang ramai.
"Ketika itu jagung masih dijual mengikut tongkol. Satu tongkol
berharga RM1.20 dan ia boleh terjual sebanyak 1,000 tongkol sehari.
Hujung minggu jagung mesti habis dijual
.
Ladang sendiri
Lapan tahun beroperasi di Jaya Supermarket, Nelson yakin sudah tiba
masa untuk mengembangkan perniagaannya ke negeri lain. Dilema tercetus
apabila masalah ketahanan jagung mengekang kelancaran pembukaan cawangan
baharu.
Tanpa ladang sendiri, Nelson bergantung sepenuhnya kepada pembekal yang
terdiri daripada petani-petani kontrak. Jagung yang dibawa ke luar
Selangor mengecut dengan pantas dan membuatkan rasa aslinya hilang
Keuntungan perniagaan merosot dan hal tersebut menggugat keselesaan Nelson.
Mujur anak kedua daripada empat adik-beradik itu mampu menyelamatkan
perniagaan tersebut daripada tersungkur. Program penyelidikan dan
pembangunan dilaksanakan bagi mencari penyelesaian terhadap isu
ketahanan jagung.
Solusi terbaik ditemui. Maka teknik pengasingan biji jagung daripada
tongkol digunakan. Biji-biji jagung itu kemudiannya disejuk beku untuk
dihantar ke cawangan Nelson di luar kawasan Lembah Klang.
Sejak itu, terciptalah budaya memakan jagung di dalam cawan. Percaya
atau tidak, Nelson Corn ialah perusahaan makanan ringan berasaskan
jagung pertama di dunia menggunakan pendekatan sedemikian.
Pulau Pinang menjadi cawangan pertama selepas Jaya Supermarket. Ia
diikuti dengan pembukaan Nelson Corn di Kompleks PKNS, Seksyen 14, Shah
Alam, Selangor. Menerusi program francais, Nelson kemudiannya
menyenaraikan Nelson Corn sebagai sebuah perusahaan francais di
Malaysia.
Hari ini, selepas 28 tahun bergelumang dengan jagung, jenama Nelson
Corn telah berkembang di 16 buah negara dengan jumlah kedai melebihi 800
buah dan dijangka akan terus bertambah.
"Nelson Corn juga berjaya dibawa masuk ke Mesir dan Vietnam. Saya
tidak menyangka perniagaan ini mampu berkembang dengan jayanya selepas
memperkenalkan jenama ini di Indonesia pada tahun 1998.
"Penerimaan positif membuatkan saya lebih berani untuk meluaskan
empayar Nelson Corn. Arab Saudi menjadi destinasi luar negara kedua dan
sekarang ia telah memiliki lebih 400 cawangan di sana," kongsi Nelson
yang juga membuka cawangan di Tanah Suci Mekah.
Baka jagung
Seiring perkembangan perniagaannya, Nelson turut membuat keputusan
untuk memiliki ladang jagung sendiri. Empat tahun lalu, ladang jagung
berkeluasan 97 hektar di Chemor, Perak dijadikan pusat penanaman dan
pemprosesan utama Nelson Corn.
Jagung gred N28 hasil penyelidikan khusus digunakan bagi memastikan
setiap produk keluaran Nelson Corn terjamin kualitinya. Malah bekalan
jagung daripada kira-kira 161 hektar ladang petani kontrak turut
disyaratkan menggunakan baka jagung yang sama.
Kawalan piawaian tersebut membolehkan setiap jagung yang dieksport ke
cawangan luar negara tidak mempunyai perbezaan dari segi kualiti dan
rasa.
"Kalau anda ke luar negara dan mencuba jagung Nelson di negara
tersebut, anda pasti merasai keenakan yang sama. Semua cawangan di luar
negara menggunakan jagung yang dibekalkan dari Malaysia.
"Ia membolehkan pelanggan membezakan kualiti jagung Nelson berbanding
jenama lain. Saya mahu mengekalkan keseragaman ini sampai bila-bila,"
jelas Nelson.
Menyedari masalah golongan petani di Malaysia yang berdepan kesukaran
memasarkan hasil tanaman mereka, Nelson mewujudkan program bantuan
dengan nama Balik Kampung Tanam Jagung.
Mungkin ia kedengaran lucu kerana frasa itu sering merujuk kepada
jenaka sinis terhadap individu yang gagal dalam sesuatu pekerjaan.
Nelson cuba membuktikan kebenaran di sebalik kenyataan itu dan mahu
petani sedar bahawa menceburi bidang pertanian dan perladangan mampu
menjana pendapatan yang menguntungkan.
Di bawah program tersebut, Nelson menggalakkan petani-petani untuk
menanam jagung N28 dan akan membeli semula hasil tanaman mereka untuk
diproses menjadi produk-produk Nelson Corn.
Pemandu van
Menyelak layar hidup Nelson, menemukan rentetan kisah yang menarik.
Sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan, Nelson yang menamatkan
pengajian setakat tingkatan enam pernah berkhidmat sebagai pemandu van.
Selama empat tahun, dia membawa dan menghantar bekalan air kacang
soya dari kilang pembekal ke pasar raya dan kedai-kedai runcit. Selepas
itu, Nelson beralih profesion menjadi kerani sebelum memutuskan untuk
membuka kedai permainan kanak-kanak.
Meskipun bapanya seorang pemborong ikan masin dan ikan bilis, tidak
pernah sekali dia dipanggil bagi menguruskan perniagaan keluarga
tersebut. Bapa Nelson mahu anak-anaknya belajar berdikari dan merasai
pengalaman bekerja dari bawah sebelum bercadang menguruskan perniagaan
sendiri.
Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian berada di atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerjasama. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans @ lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.
ReplyDelete