Anda mungkin pernah terdengar tentang jurutera bernama John Kanzius, yang berjaya membangunkan bahan api alternatif dari garam.
Kanzius menemui kaedah ini secara tidak sengaja – air garam boleh menjana tenaga dalam kuantiti yang banyak kalau dalam persekitaran yang tepat.
Kanzius menemui kaedah ini secara tidak sengaja – air garam boleh menjana tenaga dalam kuantiti yang banyak kalau dalam persekitaran yang tepat.
Inovasi
Kanzius bermula apabila beliau didiognasis dengan penyakit Leukimia,
pada 2003. Beliau menolak untuk menggunakan kemoterapi, sebaliknya cuba
membangunkan sendiri alternatif rawatan berdasarkan pengetahuannya dalam
sains gelombang.
Dia bermula dengan mesin RFG (radio frequency generator), mesin industri yang Kanzius ubahsuainya untuk tujuan pemusnah sel kanser.
Dia bermula dengan mesin RFG (radio frequency generator), mesin industri yang Kanzius ubahsuainya untuk tujuan pemusnah sel kanser.
Tapi, apa kaitan sel kanser dengan bahan api?
Ketika eksperimen, seorang observer terperasan air dalam tabung uji berhampiran meruap.
Sekiranya mesin RFG boleh membuatkan air meruap, secara teorinya ia boleh diaplikasikan untuk mengasingkan garam dari air laut.
Ia boleh digunakan untuk desalinize air masin, dan menyelesaikan salah satu masalah dunia yang meruncing. Negara kering seperti Arab Saudi dan Singapura tentu tiada masalah untuk membayar sejumlah wang untuk teknologi pengekstrakan air bersih dari air laut ini.

Dalam
eksperimen susulan, sekali lagi menemui satu side effect eksperimen
yang mengejutkan . Apabila mengacukan mesin gelombang RFG kearas tabung
uji berisi air masin, percikan api mula tercetus.
Percikan api yang muncul adalah tidak normal, semua orang tahu sifat kimia air laut adalah sangat stabil. Mustahil percikan api boleh terjadi.
Percikan api yang muncul adalah tidak normal, semua orang tahu sifat kimia air laut adalah sangat stabil. Mustahil percikan api boleh terjadi.
Kanzius
memulakan sekali lagi eksperimen, kali ini dia meletakkan kertas tisu
ke permukaan air. Apabila mesin RFG dipasang, cetusan api mula muncul
dari permukaan air dan membakar tisu kertas sampai hangus.
Berita
penemuan ini dianggap palsu, mulanya Kanzius dianggap cuba menipu
komuniti saintifik. Sekumpulan ahli kimia dari Penn State Universiti
tertarik dengan berita ini, kemudian mengulangi kajian dengan
menggunakan method serupa, dan dakwaan Kanzius terbukti benar.
Memang mesin gelombang RFG dan air garam boleh mencetus percikan, dan nyalaan terhasil boleh mencecah 1650’C.
Memang mesin gelombang RFG dan air garam boleh mencetus percikan, dan nyalaan terhasil boleh mencecah 1650’C.
Soalnya,
bagaimana air garam boleh menyala? Sebenarnya, nyalaan tadi adalah
nyalaan hidrogen, terbebas dari air garam. Dalam keadaan normal, air
garam berada dalam keadaan komposisi stabil antara garam (Natrium +
Klorida) dan air (Hidrogen + Oksigen).
Proses ini menghasilkan haba. Hidrogen yang dibebaskan inilah diharapkan dapat digunakan sebagai bahan api alternatif kepada petroleum.