Namun pengusaha terbabit Soh Ah Pin, ceria menyambut kunjungan rombongan AgroBank yang tiba dengan beberapa kenderaan.
Ah Pin, 73, anak jati Segamat terus membawa tetamu ke sekitar ladang ayam yang jumlahnya ratusan ribu ekor.
Tiada
bau tidak menyenangkan kerana katanya, penggunaan mikroorganisme
efektif (EM) memberi kesan yang baik untuk menyerap bau dan
menghindarkan lalat.
Pesara
kerajaan itu pernah bertugas sebagai kerani di Majlis Daerah Labis,
Johor, selama 32 tahun sebelum menceburi bidang penternakan ayam kampung
kerana melihat peluang terhidang depan mata.
‘‘Berniaga tidak semestinya untung. Ibarat hendak pergi perang. Kalau pandai (berperang) kita menanglah.
‘‘Tapi kena ada ilmu untuk jadi pandai,” ujarnya ketika ditemui di ladangnya yang terletak di Labis, Segamat Johor itu.
Sambil
berkongsi pengalamannya dengan ahli rombongan, dia menunjukkan cara
menghalau ayam ke reban yang menurutnya ternakan itu tahu pulang ke
‘rumah’ masing-masing.
Berbekalkan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau MCE ketika itu, Ah Pin berkata,
selepas bersara dia ditawarkan bantuan oleh seorang kenalan dari Perak.
Pada
mulanya dia menawarkan diri untuk menternak hanya 50 ekor ayam. Tetapi
rakan terbabit menasihatinya supaya memulakannya 4,000 hingga 5,000
ekor.
‘‘Saya
bimbang tidak ada modal kalau hendak pelihara banyak. Teknik
(menternak) tidak tahu, reban pun tidak ada,” ujarnya yang memulakan
projek tersebut dengan empat buah reban sahaja.
Rakan
terbabit membekalkannya 4,000 ekor ayam kampung kacuk, ubat-ubatan,
makanan dan pelbagai keperluan lain dengan syarat Ah Pin menjual hasil
ternakan kepadanya.
Ah
Pin itu merupakan satu tuah kerana dia tidak perlu menyediakan
pelaburan tinggi untuk memulakan projek pada tersebut pada 1996.
Selepas
satu pusingan, dia menjual sejumlah ternakan yang boleh dipasarkan pada
harga RM8 hingga RM10 sekilogram dan berjaya meraih keuntungan.
Keuntungan itu digunakan untuk mengembangkan projek dengan membina lebih banyak reban.
Dia
membina empat lagi reban dengan tambahan baka ayam 10,000 ekor
menjadikan jumlah keseluruhan 15,000 ekor dan ketika itu jualannya
mencecah RM47,000.
Tidak
lama selepas itu, rakan terbabit tidak lagi membantunya dan kembali
semula ke Perak, meninggalkan dia keseorangan mengurus projek berkenaan
Katanya,
dia telah memiliki tiga syarikat yang mana dua daripadanya dikongsi
bersama rakan dan sebuah lagi adalah syarikat keluarga.
Syarikat
terbabit ialah Sam Hup Poultry Sdn. Bhd. (SHPSB), Ladang Ayam KPM Sdn.
Bhd. (LAKSB) dan Sam Yong Farming Sdn. Bhd. (SYFSB).
Katanya, LAKSB yang terletak di Sungai G merupakan perniagaan keluarga manakala SHPSB dikongsi bersama rakan.
Ladang SYFSB juga terlibat dengan penternakan kambing yang baru dimulakan dan jumlahnya kini 100 ekor pelbagai baka.
Dia
yang juga pengurus dan pengarah kepada syarikat terbabit berkata,
keseluruhan ternakan ayam yang dimiliki mencecah 320,000 ekor ketika
ini.
Ketika
ini, kos pemakanan meliputi 70 peratus daripada keseluruhan kos projek
tersebut. Manakala bakinya untuk ubat-ubatan, bekalan elektrik dan kos
menggaji pekerja seramai 33 orang semuanya.
Katanya,
sejak memulakan projek, dia telah lapan kali memperoleh pinjaman dengan
Agrobank menerusi Tabung Untuk Makanan (3F) dan kali terakhir pada 2008
sebanyak RM800,000.
KEJAYAAN yang dicapai oleh Soh Ah Pin amat bermakna kerana ia bermula dari bawah.
No comments:
Post a Comment