Ramai
orang yang mahu menjadi usahawan dan memulakan perniagaan sendiri baik
internet ataupun offline, namun satu masalah yang sering menghambat
mereka adalah ketiadaan modal. Setuju atau tidak? Bagi orang yang tiada
duit langsung, dalam hati mereka berkata, “kalau ada RM 100 pun
jadilah nak buat modal”.
Kalau
orang yang sudah ada RM 100 pula, mereka berkata, “mana cukup ni. Kena
ada paling kurang RM1000 baru boleh start ni”. Dan tidak terkecuali,
bagi mereka yang mempunyai 2-3 ribu, “eh, mana cukup! Itu meniaga
main-main “adik” (ayat betul yang kami dengar). Bisnes betul nak start
paling kurang RM 100K.”
Walau apa pun situasi anda, saya akan cuba meleraikan persoalan anda. Kami bukan Along, kami cuma nak tolong. Kita akan mula dengan cara paling tidak sofistikated dulu.
Pertama,
jual barangan anda yang tidak diperlukan dahulu secara second hand.
Semua orang ada barangan ini. Lagi tua seseorang itu, lagi banyak “besi
buruk” yang disimpan mereka. Rim Kereta, tayar lama, handphone kedua,
jam tangan kedua, komputer kedua, koleksi kaset (original), buku,
radio semua ini boleh dijadikan wang.
Pada
zaman dahulu, menjual barangan second hand dengan cara ini mengundang
stigma sedikit. Orang akan menganggap anda mencuri barangan tersebut
ataupun penagih dadah yang mahu cari duit beli dadah.
Tetapi
zaman sekarang dengan adanya Lelong.com.my dan Ebay, anda boleh
menjual barangan second hand anda tanpa rasa was-was lagi.
Kedua,
anda boleh mendapatkan sedikit wang dengan memotong perbelanjaan
“luxury” anda. Contoh, jika anda sudah bekerja cuba satu hari makan
sekali sahaja. Anda pilih anda mahu makan malam atau makan tengah
hari. Duit yang anda berjaya jimatkan, anda simpan sebagai modal anda.
Anda boleh lakukan yang sama untuk top up, tiket wayang dan juga
minyak kereta yang digunakan untuk ronda-ronda.
Bagi remaja macam saya (ehem3x), kadar metabolisme badan kita tinggi jadi mungkin sukar untuk kita makan sekali sehari sahaja. (tengok badanla
) Jadi, ini tips yang seorang rakan saya amalkan, dia makan apa
sahaja, bila-bila sahaja dia mahu, tetapi air mesti air kosong. Dengan
cara ini dia dapat jimat RM 1-RM 5 sehari bergantung kepada berapa kali
dia makan satu hari.
Dan ya, rokok! Itu tidak perlu persoalan lagi. Tinggalkan, jika tidak boleh, gulung sendiri (itu cara founder TudungToday.com cari modal).
Ketiga, cara yang saya paling suka. Cari orang yang tersayang.
Baik-baik,
ramai di antara anda yang mengangkat kening. Kepada lelaki-lelaki
berduit di luar sana (room mate saya termasuk), mereka menganggap
kekasih, atau teman wanita ini menyusahkan dan menghabiskan duit.
Sebenarnya tidak begitu. Ia bergantung kepada cara anda handle perhubungan tersebut.
Carilah
orang yang betul sebagai pasangan. Hubungan yang baik dan suci akan
menghasilkan sesuatu yang suci juga. Dan orang yang tersayang ini bukan
sahaja kekasih ya, tetapi boleh jadi ayah, ibu, kakak, abang, cikgu favourite, rakan dan sesiapa sahaja.
Beritahu
mereka ini bahawa anda sedang cuba untuk mengumpul wang. Katakan
bahawa anda sedang cuba untuk kumpul RM 200, tetapi mengikut perkiraan
anda untuk menyimpan RM 6 sehari dan sebulan RM 180 itupun jika anda
penuh berdisiplin. Anda short RM 20. Cakaplah kepada mereka, jika anda dapat capai target anda, bolehkah mereka hadiahkan RM 20 lagi?
Itu
satu cara. Satu cara lagi, ingatkah zaman kanak-kanak kita? Jika
puasa penuh dapat hadiah. Jika dapat nombor satu dapat hadiah, jika itu
dapat hadiah, jika ini, dapat hadiah?
Nah, belajarlah rajin-rajin dan berjanjilah dengan ibu bapa anda jika anda dapat dean list, bolehkah anda mendapat hadiah? Atau fikirlah apa-apa situasi sekalipun yang boleh anda dapat hadiah.
Ok, itu cara mencari wang kecil. Mari kita cari wang sedang pula.
Pertama, cari angel investor.
Angel investor ini biasanya adalah orang yang ada duit dan dia mahu
lihat anda berjaya. Dan dia tidak ada banyak soal. Contoh, ibu bapa
anda, datuk anda, kakak anda, abang anda, rakan anda. Mereka sudi
melabur sedikit “seed money” untuk anda memulakan sesuatu. Ada di
antara mereka yang mahu sedikit share, tetapi ada juga yang suka
melihat anda tidak mensia-siakan waktu, mereka derma sahaja.
Senangla
cakap, mungkin itu kata-kata sebahagian dari pembaca. Tetapi
ketahuilah, anda belum cuba anda belum tahu hasilnya. Selalu bercakap
mengenai cita-cita dan peluang yang anda nampak kepada angel investor ini. Biar mereka sedar bahawa itu adalah passion anda. Dan juga sudah tentu, anda juga kenalah well-behave
di depan mereka ini. Jika ada sifat-sifat buruk itu, sembunyikan.
Kita bukan hendak jadi hipokrit, tetapi kita nak jadi yang terbaik
kita boleh jadi.
Kedua,
jual saham perniagaan anda. Anda boleh mencari pelabur-pelabur yang
mahu menyediakan modal untuk anda mulakan perniagaan anda sendiri.
Orang ini boleh jadi angel investor, dan juga boleh jadi tidak.
Antara pelabur-pelabur berpotensi selain dari golongan yang telah
saya sebutkan adalah, ibu bapa rakan anda, rakan-rakan ibu bapa anda
ataupun pensyarah anda.
Jika
anda belajar di universiti, saya lihat ramai mahasiswa yang suka
menganggap orang lain serupa sahaja dengan dia. Tidak berduit.
Sebenarnya tidak begitu. Di kampus ini, banyak sahaja saya lihat
pelajar yang “berduit” kerana menjalankan bisnes sendiri. Cuma anda
perlu pandai mencari golongan ini. Birds of the same feathers flock
togethers.
Di
UTP misalnya, ada juga seorang rakan saya yang mahu memulakan bisnes
penternakan kambing (ada seorang pelajar UTP yang berjaya dalam bisnes
ini ketika masih belajar lagi, Syazwan pernah menulis mengenaiinya).
Saya tahu beliau ini boleh diharap dan betul-betul passionate. Beliau
telah memberitahu saya pelannya, kursus-kursus yang beliau telah dan
akan pergi, cerita beliau memandu teksi datuknya ketika cuti semester
untuk cari modal (ya, ingat tidak ada mahasiswa berinisiatif macam ini
ka?) dan saya menawarkannya dengan semenarik boleh, “Kalau kau ada
masalah modal, bagitahulah aku. Aku boleh invest”
Tetapi
sayangnya beliau berkata, “Modal aku tak ada masalah. Aku ada savings
sikit2 dengan parents aku”. (melepas peluang buat duit dengan goyang
kaki!). Pendek kata, duit modal mungkin datang dari sesiapa sahaja.
termasuklah rakan anda. Jadi berceritalah kepada mereka dan lihat sama
ada mereka ada passion yang sama.
Saya
akhiri post ini dengan kisah bagaimana seorang rakan saya
(Faizul)bermula dengan berniaga burger kecil-kecil. Menarik mengenai
beliau ini, walaupun beliau ada kesedaran mengenai wang, tetapi beliau
bukanlah “gila duit” segila-gilanya. Beliau lebih senang makan gaji,
tetapi beliau ada kesedaran wang.
Di
kampus, jika anda belum tahu, makanan adalah antara produk yang
paling senang dijual kepada pelajar. Burger, Hot Dog, Nasi Lemak, ini
antara produk yang banyak dijaja pintu ke pintu. Bahkan di UTP, ada
khidmat “delivery” dari restoran-restoran berhampiran lagi ditawarkan.
Cuma
di UTP, ada satu sangkaan yang tidak bertulis dibuat. Untuk jual
makanan, kita kena cari supplier luar yang boleh beri harga murah untuk
jual kat dalam. Pendek kata, seseorang yang mahu mula menjual burger
misalnya perlu ada kenderaan untuk mengangkut burger2 tersebut ke
dalam.
Faizul
tidak mempunyai kenderaan. Tetapi beliau juga seorang yang ada
inisiatif dan tak suka beralasan. Beliau pergi ke kafe dihadapan blok
junior dan menempah 50 biji burger dari kafe tersebut. Kafe menjual
sebiji burger pada harga RM 1.50, namun oleh kerana Faizul menempah 50
sekaligus, abang cafe itu memberinya diskaun RM 1 sebiji.
Burger
ini dijual Faizul di asrama hadapan kafe tersebut pada harga RM 1.50
(tidak sampai 20 meter jarak dari kafe tersebut). Menurut Faizul,
jualannya tidak pernah tidak habis. Selalunya beliau hanya perlu pergi
ke 1 blok sahaja. Jika tidak habis pun 2 blok. Itu maksimum.
Bayangkan,
selama ini hampir semua pelajar UTP yang menjual atau bercadang untuk
jual makanan (SaifulSham termasuk) menyangka bahawa makanan tersebut
perlu sumbernya datang dari luar. Ataupun masak sendiri.
Itu
menjadikan masalah mencari supplier komplikated dan sukar. Tetapi
Faizul ini dengan cerdasnya menggunakan sumber-sumber yang sudah sedia
ada di depan mata tanpa perlu fikir susah-susah merumitkan keadaan.
Menurut Faizul, beliau tidak jual tiap-tiap hari. Cuma ketika dia
“sesak” sahaja baru dia jual. Eh, eh.. ini sudah jadi “Money on Demand“, kata saya dalam hati.
Tetapi yang lebih menarik, beliau berjaya menyimpan rahsia ini selama bertahun-tahun dari pengetahuan rakan dan juga room matenya. Hanya beberapa minggu sebelum dia grad, baru rahsia ini didedahkan kepada kami.
Jadi,
buka mata anda dan jangan fikir kompleks-kompleks. Apakah peluang
yang ada, dan sumber di sekeliling anda yang boleh digunakan untuk
menghasilkan duit @ modal.
Selamat Befikir!
No comments:
Post a Comment