Ramai penulis memilih menerbit sendiri
buku kerana tiada penerbit komersial yang berminat menerbit buku mereka.
Antara faktor mengapa penerbit tidak tertarik menerbit buku penulis
ialah kerana pasarannya yang kecil. Penerbit lebih berminat menerbit
buku yang mampu menarik ramai pembeli.
Dengan cara ini secara automatik jualan buku berlipat kali ganda dan untung yang diperolehi juga tinggi.
Sebagai contoh, penerbit lebih suka menerbit buku motivasi kerana
pasarannya lebih luas berbanding menerbit buku mengenai koleksi
batu-batu unik yang terhad pasarannya.
Ada juga penulis yang memilih bagi menerbit sendiri buku kerana
mereka mendapat lebih kuasa dalam menentukan kualiti dan rupa buku yang
diterbitkan. Jika menerbit dengan penerbit, kuasa menentukan rekabentuk
halaman dan kulit buku, usaha promosi, harga dan lain-lain semuanya
ditentukan oleh penerbit.
Tetapi apabila anda menerbit sendiri, anda yang tentukan.
Penerbit komersial juga berhak memotong teks, mengubah struktur bab,
menyunting bahasa dan ejaan dan banyak lagi. Ramai penulis hampa kerana
manuskrip yang mereka hantar, akhirnya apabila terbit banyak berubah
daripada manuskrip asal.
Jika buku yang hendak diterbit mengenai isu semasa, penulis mungkin
memilih menerbit sendiri kerana dengan cara ini buku itu dapat berada di
pasaran lebih cepat. Kemungkinan besar dalam tempoh beberapa minggu
sahaja.
Penerbit komersial pula mungkin mengambil masa sehingga 2 tahun bagi
menerbit buku itu. Jika lambat terbit, ia akan menjejaskan jualan buku
kerana isu yang diperkatakan sudah tidak relevan dan ketinggalan.
No comments:
Post a Comment