Sunday 16 December 2012

meniaga taknak pening kepala

Ramai yang nak berniaga. Masalah paling besar adalah menentukan apakah perniagaan yang terbaik. Perniagaan macam manakah yang lebih terjamin kejayaannya merupakan soalan yang menghantui para usahawan dan juga bakal usahawan.

Melalui pengalaman dan juga hasil daripada kajian, pengamatan dan juga pembacaan saya rumuskan beberapa kriteria yang boleh dijadikan pedoman kepada kita semua yang mahu menjalankan perniagaan. Berikut kriteria yang perlu difikirkan dalam menentukan perniagaan anda:



  1. Simple - Pastikan perniagaan anda mudah!, mudah dalam ertikata 'mudah bagi anda' menjalankannya berdasarkan kemahiran, kecenderungan dan juga rasa hati anda. Andaikata kita merasa sukar dan berat ketika membayangkan kejayaannya lupakan saja.
  2. Produk juga mesti simple - 'Coca-cola' teramat simple. Bayangkan jika taukeh coca-cola ditanya dia berniaga apa? lalu dijawabnya "jual air minuman", tentu anda akan rasa macam lekeh, tak glamour dan lansung tidak hebat. Tapi tahukah anda coca-cola menduduki senarai jenama teratas didunia selama beberapa tahun berturut-turut dan masih lagi mengatasi kesemua produk lain. Nilai jenama coca-cola sahaja bernilai USD200 billion!!! dan merupakan senarai syarikat terbaik di dunia!.
  3. Prosesnya juga mesti simple - Bayangkan perniagaan anda boleh dijalankan oleh sesiapa hatta budak lepasan sekolah. Kalau nak lihat contoh proses simple dan berjaya, pergi saja ke kedai McDonald. Perniagaan makanan segera itu merupakan salah satu perniagaan terbaik di dunia dan hanya dikendalikan oleh anak-anak muda lepasan sekolah!
  4. Tidak perlu modal baru untuk membesar - Ini merupakan kriteria syarikat yang menjadi pilihan Warren Buffet untuk melabur. Perniagaan yang hanya perlu pelaburan mula untuk dijalankan dan seterusnya membesar tanpa suntikan modal baru perlu menjadi sasaran kita. Perniaggan yang sentiasa perlu suntikan baru adalah seperti perniagaan kenderaan. Model dan teknologinya berubah-rubah dan pembesaran perlu dana baru. Jika anda boleh membesar tanpa suntikan modal baru, segera jalankan perniagaan itu!
  5. Boleh dijual terus kepada pengguna - Pastikan produk atau servis anda boleh digunakan oleh orang ramai secara terus. Ada perniagaan yang hanya boleh dijual kepada syarikat besar atau kerajaan sahaja dan tidak pada orang ramai. Ini biasanya memerlukan kos dan modal yang besar dan pasarannya juga terhad dan dimonopoli oleh golongan tertentu.
  6. Perniagaan biasa - Jangan cuba mencipta satu produk atau servis yang tidak pernah lagi dibuat oleh sesiapa. Bukannya tak bagus, tapi proses membeli sentiasa berlaku berdasarkan emosi dan bukan rasional. Dan manusia tidak selesa kepada perubahan atau benda baru, anda akan banyak membuang masa dan wang untuk meyakinkan pengguna.
  7. Boleh terus dijalankan segera secara kecil-kecilan - Jika perniagaan anda boleh dijalankan terus dalam masa yang cepat, itulah perniagaan bakal jaya anda. Lebih cepat lebih bagus dan kalau boleh keluar idea hari ini, esok anda sudah boleh mula menjual. Ramai yang tidak memikirkan perkara ini dalam membina perniagaan sehingga lebih dari setahun atau dua baru boleh berniaga. Melainkan anda anak Bill Gate, anda akan keletihan dan jatuh muflis sebelum perniagaan seperti itu berjaya.
  8. Modal yang tidak besar - Ia lanjutan daripada kriteria di atas tadi. Jika modal besar diperlukan tempoh anda mendapatkan wang sahaja akan mengambil masa yang lama. Modal tidak besar bermakna untungnya juga tidak besar. Jangan risau, majoriti syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500 bermula dari belakang rumah sahaja dan membesar menjadi gergasi. Sabar dan istiqamah anda akan berjaya!
Apa yang paling penting adalah kesabaran dan kegigihan membina perniagaan. Buang perasaan tamak untuk cepat kaya atau cepat berjaya. Berniaga adalah seumpama pertandingan marathon, ia perlu disiplin serta latihan demi latihan disertakan dengan kesabaran. Tiada jalan mudah untuk berjaya.
Bermula dengan benda kecil, anda pasti mampu dapat membina disiplin serta menimba pengalaman sedikit demi sedikit. Kekalkan impian untuk menjadi besar dalam hati dan sentiasa bergerak menuju ke arah itu. Jangan hanya berlakon kelihatan sibuk sedangkan anda lansung tidak bergerak menuju matlamat.
Selamat berfikir....!

1 comment:

  1. Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.

    ReplyDelete