Monday, 10 December 2012

Bagaimana Untuk Mempunyai Wang Sebanyak RM1 Juta?

“Masih mencari-cari jalan untuk menjadi kaya dan jutawan. Apakah jawapan yang sebenarnya?”
“Untuk menjadi kaya dan jutawan, kita perlu faham tentang duit itu mahu ditukarkan dengan apa?”
Manusia-manusia yang bergelar jutawan tidak memperoleh wang RM1 juta dengan hanya bergoyang kaki. untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah apabila kita mempunyai barang (produk, servis, kemahiran) yang boleh ditukarkan dengan wang.
Mulai sekarang
cari sesuatu kemahiran samada dalam bidang makanan, jahitan, pertukangan, ternakan, pertanian dan lain2. Sesuatu yang kita minati dan benar-benar boleh  jual.
Cari semua maklumat dalam bidang yang dipilih daripada berbagai sumber - internet, buku atau lain sumber media. Pelajari selok belok atau pergi berkursus dan buat latihan praktikal sehingga betul-betul mahir.
supaya barang (produk, servis, kemahiran) dapat di tukar menjadi wang yang banyak dengan segera memerlukan strategi pemasaran yang berkesan seperti berikut
Baru-baru ini saya ada berbual dengan seorang pemuda yang mengusahakan khidmat membuat web. Dia berhenti dari kerja makan gaji untuk memulakan perniagaannya sendiri. Saya bertanya berapa banyak pelanggan yang disasarkannya?.

Macam biasa itu satu soalan yang agar sukar untuk dijawab oleh orang yang baru berniaga. Biasanya jawapan mudah untuk menjawab soalan tersebut adalah, mensasarkan seramai yang mungkin pelanggan.

Semua peniaga mahu meletakkan sasaran sebegitu. Tapi jika kita meletakkan sasaran dalam bentuk jumlah yang boleh dikira, ia membantu otak kita untuk berfikir dengan lebih sistematik untuk mencapai apa yang kita sasarkan.


Katakan kita mensasarkan jumlah pelanggan seramai 100 orang dalam tempoh setahun. Jumlah sasaran pendapatan kita menjadi lebih kurang RM1,500 x 100. Ia bersamaan dengan RM150,000 setahun. Ia satu jumlah yang amat mencukupi bagi seorang usahawan yang bekerja one-man-show!.

Membayangkan pendapatan tersebut membuatkan kita merasa yakin dan mahu berusaha bagi mencapainya. Persoalannya adalah berapa ramai orang yang telah tahu bahawa kita menawarkan khidmat buat web?.

Ini bukanlah satu soalan yang susah untuk dijawab oleh seseorang yang baru menjalankan perniagaan selama 3 bulan. Jika kita berfikir secara sistematik, kita boleh bertanya pada diri kita sendiri berapa ramai kawan-kawan yang tahu apa yang kita buat sekarang.

Mulakan usaha memberi tahu pada kesemua kawan-kawan kita dengan:


  • Senaraikan semua kawan-kawan yang kita kenal samada rapat atau tidak rapat.
  • Mula berhubung dengan mereka yang kita rapat dan terangkan dengan ringkas dan padat pada mereka apa yang kita buat. Cara terbaik adalah dengan berjumpa dan merapatkan perhubungan dengan mereka sambil minum teh tarik.
  • Habiskan kesemua senarai tersebut dan mulakan pula dengan kawan-kawan yang tidak berapa akrab. Buat perkara yang sama sehingga habis kesemua senarai itu.
  • Senaraikan pula kesemua saudara mara yang kita kenal dan lakukan perkara yang sama.
  • Dapatkan pula senarai kawan-kawan kepada kawan kita yang rapat dan perkenalkan perkhidmatan kita.
  • Dan begitulah seterusnya sehingga habis kesemua lingkungan kawan, saudara, kawan kepada saudara, kawan kepada kawan dan lain-lain. Itu semua akan membuatkan anda banyak kerja yang perlu dilakukan sehingga 6 bulan.
Dengan berbuat begitu berkemungkinan anda sudah berjaya memberitahu kepada 500 orang apa yang anda sedang tawarkan. Proses tersebut membuatkan sasaran anda untuk mencapai 100 pelanggan nampak lebih realistik.

Adalah mustahil untuk mendapatkan seramai 100 pelangan jika jumlah mereka yang tahu apa yang anda tawarkan hanyalah sekadar 20 orang!

Berapa ramai orang yang tahu apa yang anda jual atau tawarkan?'.
Bagaimana nak bagi tahu orang ramai perniagaan anda ?
  • Jika produk yang anda tawarkan bagus,pelangan anda akan bercerita dari mulut kemulut.Ini kaedah yang paling popular.Bagaimana sekiranya pelangan anda belum banyak lagi?
  • Mulakan dengan menyenaraikan kesemua pelanggan anda.
  • Buat surat penghargaan pada semua pelanggan anda. Hargai mereka dengan memberikan sedikit ganjaran atau cenderamata.
  • Tawarkan kepada mereka diskaun yang berpatutan jika mereka memperkenalkan syarikat anda pada kawan-kawan mereka. Pujukan daripada pelanggan anda pada kawan-kawan mereka untuk menggunakan khidmat sayarikat anda adalah jauh lebih berkesan.
  • Jika jumlah pelanggan anda telah mencapai 1,000 orang, aktiviti ini yang cukup berkesan mampu menambahkan sekurang-kurangnya 300 lagi pelanggan baru!
  • Jika anda ada modal lebih sikit, cuba fikirkan iklan melalui bunting, atau flier. Letakkan di kawasan yang anda sasarkan.
  • Jika anda modal lagi fikirkan juga untuk melakukan e-mail blasting atau iklan pada akhbar, tv atau radio. Itu semua bergantung pada budget yang anda ada.
  • Dalam dunia komunikasi internet yang mencipta ramai komuniti dalam dunia cyber melalui media sosial sekaran, adalah satu kerugian jika anda tidak menggunakan peluang murah dan mudah ini untuk memberitahu seramai mungkin pada orang lain apa yang anda tawarkan.
  • Fikirkan untuk membuat blog perniagaan anda dan berikan maklumat yang menarik pada pembaca. Blog perniagaan cukup berkesan dalam memasarkan perniagaan sekarang ini. 
  • Jika anda ada modal lebih, gunakan juga khidmat adsense atau program affiliate yang bersepah di dunia maya. Jangan lupa iklankan dalam yellow pages versi internet atau lain-lain agensi pengiklanan.
Dalam dunia internet sekarang, segalanya adalah mungkin dan ia dapat menjawab pada pertanyaan "berapa ramai yang tahu apa yang anda buat!"



No comments:

Post a Comment